Aku mencari bayang Al-Ghazali
dalam gelas fantasi
lantas terketuk sendiri
bahawa aku sedang bermimpi;
mimpi yang seringkali bersembunyi.
Di balik kaca yang menipu,
kusangka aku sedang berlari,
menuju bayang Al-Ghazali.
Hakikatnya,
aku hanya di dalam gelas;
gelas kaca yang menipu mata hati.
1 Oktober 2014
5.45 petang
Kelas 'Issues In Tasawwuf'
0 comments:
Post a Comment