Wednesday, January 4, 2017

Kenapa saya menulis?

Jawapan yang saya pun tiada.
Cuma saya percaya begini--
Menulis adalah satu terapi.
Dan menulis adalah satu bentuk dokumentasi.
Saya abadikan pada setiap tulisan itu watak-watak tertentu.

Supaya nanti kalau saya dah tua, saya boleh belek kembali.
Biar anak cucu saya tahu siapa saya.
Daripada mana dan daripada apa dan daripada siapa seorang nenek ini terbentuk.
Mana tahu nanti saya nyanyuk? Kan?

Tak malu ke tulis kisah peribadi sendiri?
Perasaannya bercampur sebenarnya.
Senang hati untuk berkongsi.
Malu jika ada persepsi liar.
Ah, pedulikan.

Saya menulis dan berkongsi supaya ada mereka di luar sana yang boleh ambil manfaatnya.
Mungkin "Eh, kisah kita sama."
Atau
"Aku juga begini..."

So, here we go.
Kalau nak tulis--tulis.
Tapi kena ingat satu-
Setiap tulisan itu akan ditanya dan disoal.

Jadi, tulis yang baik-baik.
Fikir baik-baik.

Kalau rasa nak maki, cerca, hina orang.
Tanya dulu, "Is it worth?"
Kerana tulisan itu sesuatu yang kekal.

Boleh ya?

0 comments:

Post a Comment