Saturday, November 15, 2014

Dalam sehari-hari yangberlalu, pasti adanya hari-hari rusuhan.

Hari untuk kita memberontak dan bersendirian. Kita tidak akan terlepas daripadanya. 

Baik kerana pergolakan dalaman mahupun luaran.

Saya juga begitu. Menghadapi pelbagai perkara yang saya rasakan amat memeningkan diri. 

Sesekali identiti diri kabur, sesekali kekeliruan datang menerjah. Sesekali jati diri tergugah.

Siapa aku sebenarnya? Untuk apa aku hidup sebenarnya? Ke manakah pengakhiran hidupku? Dan apa yang aku inginkan dalam hidup ini sebenarnya?

Persoalan-persoalan sebegini nyata merunsingkan hati saya. Barangkali hati ini belum berpuas hati dengan apa yang ada. Barangkali juga hati ini sedang mencari jalan pulang. Ah, sukar untuk digambarkan.

Saya selalu meminta dan bermohon dari-Nya agar diberi petunjuk dan nah, hadirlah beberapa insan yang cukup memberi impak. 

Membawa saya mengenal diri, siapakah saya sebenarnya. Antaranya Kanvas Mimpi. Ia adalah kumpulan penulis kecil-kecilan. Kami berkumpul atas dasar cinta pada seni. Dan ia bukan sekadar ikatan sebuah persahabatan. Sebaliknya ia tentang cinta, rasa dan keluarga. Ketiga-tiganya bergabung dan mewarnai hari-hari kami di UIA ini.

Alangkah bertuahnya saya dikeliligi insan sebegini. Insan yang tuturnya tidak pada bibir sahaja melainkan pada puisi Datuk Zurinah Hassan, Pak Samad, Pablo Neruda, Aan Manshur dan banyak lagi.

Kau tahu, teman? Hidup ini sangat indah jika kita sedar bahawa dunia masih punya warna selain hitam dan putih.

Kau tahu, teman? Hadirnya teman tidak hanya dengan cinta, tetapi dengan utusan rindu dari-Nya.

Dan kau tahu, teman? Aku bertuah punya insan berjiwa besar seperti kau.

Out~ 


0 comments:

Post a Comment