Tuesday, June 3, 2014

Anas, aku doakan engkau baik-baik sahaja, sepertinya selalu.

              Anas, engkau tahu sekarang ini heboh segenap manusia di Malaysia berbicara tentang coklat Cadbury. Iya, coklat yang pernah kau hadiahkan kepada aku dahulu. Katanya coklat itu punya ramuan dari babi. Selepas beberapa lama, kenyataan diubah kepada tiada. Aku bingung. Bagaimana dengan coklat yang selama ini aku makan? Ada yang bilang darah perlu dibasuh. Ada yang cakap perlu meneguk air tanah, ada yang berbunyi perlu disamak. Apa semua ini Anas!? Aku tidak mengerti. Sedangkal inikah Islam? Inikah yang Islam ajarkan kepada umatnya?

Anas, 

             Maafkan aku jika emosiku melampaui batas rasional. Masyarakat kita sedang tenat, Anas. Bukankah Islam ini ku kira mudah sahaja? Ia mudah dan tidak menyulitkan. Ingatkah engkau akan cerita Ustaz Umar akan seorang Badwi yang kita dengari dahulu sewaktu tazkirah Maghrib? Ya, cerita tentang Badwi, sebagaimana yang kita maklumi, Badwi ini secara mudahnya adalah orang kampung yang tidak beradab.

             Dikisahkan ketika Badwi tersebut datang, beliau kencing di satu sudut masjid. Ketika itu Rasulullah dan sahabat sedang berkumpul di satu sudut yang lain. Demi melihatkan apa yang berlaku, dengan lekas seorang sahabat memaut tengkuknya. Dikhabarkan sahabat itu adalah Saidina Umar. Tetapi dengan cepat, Nabi menghalang apa yang berlaku. Kemudian Nabi hanya meminta agar salah seorang sahabat menjirus tempat yang terkena najis tadi dengan air yang mencukupi. Langsung tidak dimarahinya. Lihat, bukankah ini menunjukkan islam itu memudahkan, tidak menyulitkan?

            Pernah juga aku mendengar dari ceramah seorang ustaz, katanya, Islam itu mudah namun jangan pula kita mempermudahkannya. Untung bukan menjadi umat Islam ini. Umat pertama yang akan dihisab ketika Hari Qiamat. Saat aku berbicara sebegini, usah engkau gelarkan aku ustazah ekspres (Ini amaran!). Aku hanya cuba berkongsi sedikit ilmu yang baru aku pelajari.

Anas,




0 comments:

Post a Comment