Saturday, September 20, 2014


Ketakutan tidak akan melahirkan siapapun kita.

        Takut berharap, takut untuk gagal, takut untuk menunaikan harapan orang lain, takut untuk mencuba, takut untuk menghadapi kenyataan, takut untuk berdepan dengan tanggungjawab – kerana bimbang ia tidak akan tertunai – dan pelbagai jenis ketakutan lagi.

           Ketakutan yang maha dahsyat, ketakutan yang bersarang jauh di lubuk hati seorang manusia.
  
       Ia hanya akan membeku di situ, ia hanya akan terus membenihkan ketakutan, mengakarkan ketidakpercayaan pada diri sendiri. (Hei, awak perlu keluar dari zon itu!)

        Dan pagi dinihari ini, bersama seorang sahabat, saya menelusuri ketakutan yang mendekam. Saya berkongsi – dan menangis –. Betapa beruntungnya diri bertemu insan begini. Insan yang membenihkan harapan di jiwa manusia lain. Insan yang meyakinkan saya bahawa pokok ketakutan itu harus disingkirkan dengan segera meski ia telah lama berakar.  

          Saya bertemu dengan dua insan hebat di dalam kehidupan. Adik saya dan dia.

          Dan dinihari ini juga, saya mengisahkan kepada ‘dia’ tentang cerita seorang Balqis.

     Adik saya, Balqis Hannan Zulkifli. Dia memiliki apa yang tidak saya miliki, iaitu sebuah keberanian.

     Lewat suatu masa dahulu, dia pernah memegang jawatan sebagai wakil pendebat sekolah peringkat kebangsaan. Pendebat Bahasa Arab; ia pernah menjadi impian saya. Dan terbantut kerana TAKUT. Hanya sahaja saya berani untuk pidato Bahasa Arab. Pernah dicuba-cuba masuk Kelab Bahasa Arab di Pusat Asasi, namun jiwa itu terhakis sedikit demi sedikit.

        Dia hebat dalam berdebat. Berani, lantang bersuara dan cukup lengkap untuk menjadi seorang pendebat. Namun entah bagaimana sewaktu debatnya di USIM (peringkat kebangsaan), dia hilang keyakinan dan sedikit sebanyak dipersalahkan oleh ahli kumpulan sendiri. Bagaimana dia mengadu dan menangis di telinga saya kerana dipulaukan kawan sendiri. Dia dikatakan membantutkan prestasi kumpulan. 
     
        Dan tika itu sempat saya hadir seketika untuk menyaksikan sendiri bagaimana adik saya berdebat (namun sehingga kini tiada peluang kerana dia bertindak sebagai pendebat simpanan).

Ba, kakak masih menantikan saat itu.

             Namun saya tahu dia cukup kuat untuk melalui semua itu. 

           Bagaimana disaat dia mengatakan, “Nota Bahasa Arab sewaktu pertandingan langsung tiada makna. Meski kumpulan sekolah Ba hebat, rela sahaja nota-nota yang ada dibakulsampahkan. Sijil yang tergantung di dinding bilik kita itu langsung tidak bernilai bagi Ba...” Dan dia langsung tidak bermegah dengannya. 

           Saat itu saya tahu, hatinya sudah jauh dari debat Bahasa Arab. Dan saya tahu kekecewaannya melangit, nilai debat itu jatuh ke tumit. 

Nothing left. Enough is enough!

        Bagaimana kecewanya dia dengan perilaku kawan sendiri. Dan bagaimana sedihnya hati seorang Balqis apabila kepercayaan yang ditanam, direntap sekuatnya. Seolah usahanya selama ini langsung tidak dipandang dan dihargai walau sepicing pun.

 How could a good friend leave her friend in a hard grief?! It’s about value and true friendship dear...

         Saya tidak pernah menjangkakan dia akan bangkit kembali. Bangkit menebus kesilapan lamanya dahulu. Meski memegang jawatan sebagai Kapten Aspuri sekolah, dia relakan jua untuk menyertai pertandingan debat Bahasa Melayu selepas itu – selepas ditawarkan oleh guru pembimbing –.

How proud I am.

            Balqis langsung tidak pandai mematikan harapan. Dan dia tidak pandai menolak sesuatu yang disandarkan padanya. Walaupun dia nakal, gila-gila dan tidak skema, but I know she will puts her best effort in everything. Coz that’s my girl. And I know her very well.

          Dia menyertai beberapa pertandingan debat Bahasa Melayu dalam masa hanya beberapa bulan, baik di peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Dan setiap kali dia akan berdebat, dia pasti menelefon saya. Dan di setiap pertandingan debat, dia sentiasa menjuarainya. Baik menang sebagai johan ataupun naib johan. Dan apa yang lebih mengagumkan saya adalah posisinya sebagai ketua pendebat.

         Balqis Hannan bt Zulkifli; ketua debat Bahasa Melayu Sekolah Agama Khairiah!

        Dan saya bangga mempunyai seorang adik yang sentiasa menunaikan harapan dan impian saya –seperti selalu –.

 Dan pernah satu tika, dia berkata,

       “Kakak, setiap cebisan nota debat Bahasa Melayu membawa makna dalam hidup Ba. Ba akan simpan benda tu dengan cermat (sangat! – difailkan dan dilabel. Dan saya fikir jika mampu di’laminate’, dia akan laminate). Dan setiap kali Ba pandang fail debat Bahasa Melayu, Ba akan tersenyum bangga...”

         Di akhir kemenangannya, saya hanya mampu berkata, 

“Balqis, kegagalan yang dahulu telah memenangkanmu. Kakak sentiasa mempercayai Ba lebih dari Ba percaya pada diri sendiri...”

Kepercayaanlah yang akan menghidupkan harapan.

Kepercayaanlah yang akan menghidupkan mimpi.

Kepercayaanlah yang akan mengesankan jiwa, lantas menghidupkan benih-benih pelangi.

Kepercayaanlah yang menghembus angin keinginan.

Dan kepercayaanlah yang merealisasikan impian.

Kepada mereka (baca : saya) yang masih berada di bawah kepompong TAKUT, keluarlah dari situ. Buangkan selimut TAKUT itu. 

Berani berbuat silap. Berani pula belajar dari kesilapan. Bukankah harapan sentiasa ada?

      Dan dinihari ini, bersama ketakutan yang membekas di jiwa, ‘dia’ tunjukkan beberapa video. Menonton video bersama ‘dia’, ‘dia’ menyimpulkan kursus hati ini dengan menyitir bibit-bibit harapan, “Biarlah orang tidak tahu siapa dan bagaimana kita, sekurang-kurangnya kita kenal diri kita...”

Dan,

“Don’t steal my dream!”


akan saya pasakkan sekuatnya. Terima kasih sahabat!


2 comments:

  1. terbaik k yam ! make me cry. harapan snts ada :'))

    err dh boost smngat adik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Izzah atas sebuah kesudian menjenguk blog ini.
      Balqis seorang kuat
      Self-motivated person.
      Dan tanpa sedar, masing-masing punya kekuatan tersendiri.

      Delete