Sunday, October 25, 2015

Sebelum baca baris seterusnya, aku bagi warning awal-awal. Entri kali ni adalah entri yang mengarut dan tidak menggunakan Bahasa Melayu yang sempurna seperti entri-entri sebelum ini. Tak payah baca pun takpe. Okey? Faham?

Oh ya. Sekarang ni cuti semeter. Malam ni pulak kerjanya memang tak keluar bilik, lebih-lebih cuti macam ni, mana nak ada orangnya kat UIA ni. Jangan tanya kenapa aku tak balik. Aku tak balik sebab acah-acah nak setelkan banyak hal (banyak sangat!). Disebabkan aku ponteng dua paper exam sebelum cuti ni--sebab demam--, jadi naik cuti ni konfem ada terus dua paper yang payah suntikan Dr Mega ngan Madam Haslina, plus presentation Isnin tu, tambah lagi ada discussion untuk assignment. Lagi? Apa lagi? 

Maaflah, malam ni memang terasa nak bebel je kat blog. Dahla laptop rosak dah berapa minggu ni tak elok-elok lagi. Haaa, ni laptop sape aku guna? Laptop kawan aku yang baik hati la, si Specky. So, kalau terbaca, terima kasih ya. Saya pinjam sebab nak 'menulis' kat blog sebenarnya plus cari benda sikit. So, thank you very much.

Hm, jadi apa yang kita ada malam ni? Tiada apa-apa. Cuma ada rasa nak bebel plus rasa nak gelak sikit-sikit plus rasa nak meroyan sikit plus rasa nak termenung sikit. 

Kau tahu tak, sebenarnya kan kalau kita ada masalah, jangan fikir lama-lama, jangan fikir dalam-dalam sangat, takut nanti tersangkut, stuck kat situ. Pastu dah tak keluar-keluar dah. So, kalau ada masalah, fikir-fikir jugak, senyum-senyum jugak. Masalah tetap ada, life must go on kan? So,chill lah. Hargai apa yang ada. Tak gitu? Kau hidup pun sekali je. Kalau sekali tu kau nak sesendu, susahlah macam ni.

Okey, setel satu benda. Second, kalau kau jumpa dengan orang yang kau tak puas hati dengan dia, kau jangan nak tunjuk sangat kau tu tak puas hati dengan dia. Cuba cari and check dulu apa benda yang kau tak puas hati dengan orang tu, pastu tanya diri sendiri, relevan ke kau nak sakit hati dengan orang pasal benda tu? Dia bukannya tahu, melainkan kau bagitau dia. So, the best way to heal you yourself adalah dengan bagitaulah dia apa yang kau tak puas hati tu. Faham? Tapi kalau kau tak tahu nak bagitahu macam mana, haa tu lain cerita. Tu aku pun tak boleh tolong.

Okey, third. Kalaulah ditakdirkan dalam hidup ni kau rasa ada banyak masalah; masalah akademik lah, keluarga lah, kawan lah, lecturer lah, relationship lah, jiran lah, sedara mara lah, apekebendelah sesemua tu lah, kau cuba bertenang sekejap. Ambil satu masa, bagi masa kat diri sendiri, buat apa yang kau suka. Contohnya stalk IG Kokping. Ok tak, ni aku gurau je. Kau break lah sikit rules dalam diri tu. Okey?

Okey, apa lagi nak bebel ni. Seterusnya, kalau tetiba Tuhan mengabulkan doa kau yang pernah kau mintak, contohnya "Ya Allah, bagilah aku orang yang berterus terang." (ni contoh je, kau jangan nak buat serius pulak), so bila dah datang yang berterus terang segala benda, janganlah kau nak melenting pulak. Kau jugak yang mintak kan? Tak kiralah dia berterus terang tentang kelemahan kau ke, keburukan kau ke, ape ape je. Kau terimalah dan improve? Jangan nak sesusah melenting tak tentu arah okey? Kau patut syukur sebab Tuhan datangkan orang yang macam tu, kira boleh tegur kau haa.

Okey, next chapter adalah bila kau dah sedar kau ada kelemahan dan keburukan kat mana, either kau sedar sendiri atau orang bagitahu, kau ubahlah secara istiqomah. Istiqomah tu maksudnya berterusan, bukannya hangat-hangat tahi ayam-walaupun aku kadang-kadang terbabas jugak-. So, pasakkan dalam diri nak berubah okey? Ya, aku tahu, orang akan mengata pun. Somehow, kau pikir macam ni je, kau buat apa kau patut buat, diaorang mungkin tak tahu pun apa kau buat, diaorang mungkin tak sedar pun kau sedang berubah. So takpelah, nanti lama-lama kalau diaorang concern, diaorang notice jugak kan? Yang penting, diri sendiri tu yang kena mulakan dulu. Faham? 

Ha, apalagi? Macam dah takde je. Ok, puas hati dah boleh bebel macam ni. 

Tengkiu lah baca sampai habis. Babai!

0 comments:

Post a Comment