Wednesday, October 14, 2015

Malam merangkak perlahan. Hujan masih merenik di luar kala aku memutuskan untuk menulis post ini. Jam menunjukkan jam 2.21 pagi. Aku tidur awal tadi dan bangkit kembali. Entah, sudah tiga hari aku begini. Barangkali ada sesuatu yang mengganggu lenaku.

Dua tahun yang rupanya tiba lebih awal. Apa yang tidak kena dengan semester ini? Di mana silapnya? Seakan ada yang kurang. Seakan aku bertemu kembali diriku yang dua tahun dahulu. 

Di mana silapnya?

Seakan aku tersepit di antara kebenaran yang ada. Lantas aku selesa memalingkan ia ke tempat lain; memberi tumpuan ke arah lain aku kira lebih menyenangkan hati sendiri. 

Maafkan aku atas kekhilafan ini. Tiada kata terbaik untuk mengungkapkan ia selain maafkan aku, maafkan aku.  Maafkan aku kerana seakan menghukummu ke lubang paling dalam. Maafkan aku kerana mengacaubilaukan keadaan dan maafkan aku kerana tidak mampu menjadi sahabat yang baik.

Tidak aku pasti keadaan ini masih boleh diperbaiki ataupun tidak. Entah.


0 comments:

Post a Comment