Sunday, January 3, 2016

Hai Folder Turki. (Dan pssstt, selamat tahun baru! 2016)

Saya menyediakan folder baru. Bukan saya yang nak. Tapi Anas yang suruh. Katanya harus ada muka surat baru dalam hidupmu. Selalu kau tulis perkara menyedihkan. Katanya, ia membosankan. Ya, ya saya tahu. Saya tahu Anas banyak bebel. Tapi awak harus tahu, Anas adalah orang yang terlalu banyak berjasa kepada saya. 

Jadi, sempena keberangkatan saya dua minggu lagi ke sana, saya pun menyediakanlah awak; Folder Turki. Salah satunya adalah untuk menghormati Anas. 

Hari ini, cuaca sedikit panas--ini di Malaysia ya. Petang. Dan yang ada cuma teman sebilik saya yang akan exam nanti, kipas berpusing, earphone di telinga, tab-tab internet yang dibuka, sekeping kertas bersama pen di atas meja dan semestinya secawan kopi! 

Untuk Turki, barang masih belum dikemaskan. Kasut pun tak cari lagi. Yang ada dalam kepala cuma nak siapkan assignment terakhir Dr Thameem, jumpa beliau minta restu dan balik rumah. Tapi, sebelum tu, jumpa kawan-kawan. 

Dan disebabkan ini first time saya nak ke luar negara dan first time ke luar negara seorang diri. Ya, saya ulang. Seorang diri. (Dah puas dengar Anas membebel, tapi apa daya, dah memang kena pergi seorang diri. Terima je lah.) Make a thorough preparation and fly. Yes, fly as you are. Dalam hati memang cuak. Cuak gila. Sebab sorang dan on the way nak pergi sana, macam-macam boleh jadi. Serabut juga fikir sebenarnya. Abang, abah dan umi dah bagi list nasihat. Jangan itu, jangan ini. Buat itu, buat ini. Kalau begitu, buat gini. Kalau begini, buat macam tu. Ya, ya. Saya dengar kesemuanya.

Antara benda penting untuk pergi semestinya buku merah (passport) dan tahu musim mana kita akan hadapi. Macam saya, musim winter. Jadi, siapkanlah mental dan fizikal tuk musim winter nanti. Pakaian mestilah yang sesuai (boot atau kasut sukan, winter coat). nak earmuff ke thermal wear ke apa semua tu, ikutlah. Yang penting, basic ada. Vaseline jangan lupa.

Kemudian tiket. Book awal-awal untuk dapatkan harga murah. Kalau nasib baik, boleh dapat dalam RM 1500.00 macam tu--waktu sekarang. Saya punya dapat yang RM 1750.00. Pilih sendiri nak yang direct atau transit mana-mana. Kalau setakat saya survey, ada juga bagi cadangan tuk cari yang transit lama macam 9 jam macam tu. Jadi, boleh jalan-jalan. Idea bernas. Boleh buat time balik Malaysia bulan Jun nanti ye. Jangan tanya saya mana satu flight yang bagus, sebab saya tak pernah naik memana kecuali Air Asia, dari Terengganu ke KL dan vice versa. Haa. Dan untuk flight, mohon baca segala mak nenek berkaitannya untuk persediaan awal. Kalau untuk saya yang tak pernah keluar dari Malaysia ni, haruslah kan. 

Kemudian apa lagi? Haa, kalau pelajar macam saya yang menetap hingga 5 bulan ni, kena mohon ikamet, sejenis tax number. Sana tak pakai visa. Tapi kena ada tax number ni. Kalau untuk melancong, kena mohon Visa On Arrival apa tah. 

Kalau pergi atas dasar pertukaran pelajar macam saya, pastikan subjek untuk ambil kat sana dah ada dan ready. Pastikan sesuai dan memenuhi spesifikasi di sini. Buat segala prosedur berkaitan supaya tak menyusahkan sesiapa nanti. Consult lecturer berkenaan. Yang penting-penting, inilah. 

Sedikit sebanyak macam itulah preparation nya. Selagi tak sampai, selagi itu lah tak tahu kan. 

Jadi, selamat jalanlah kepada diri sendiri. Semoga ketemu apa yang dicari. Yang penting sediakan space untuk benda baru masuk. Buka. Buka. Dan buka.

Moga-moga sesuatu di sana memberikan sesuatu untukmu di sini seperti yang engkau inginkan. Moga-moga.

0 comments:

Post a Comment