Friday, December 16, 2016

Sejauh apa hidup menduga kita,
Kita harus sabar.

Sejauh mana ia membawa kita,
Kita harus tersenyum padanya.

Sejauh apa ia membuat kita luka,
Pasti ia akan sembuh juga.

This too, shall pass ain't? 

Kepada kehidupan,
Aku tidak menyesal dilahirkan sebagai seorang aku.
Membentuk siapa dan kesiapaan aku ini.
Kerana aku tidak lupa engkau juga memberi aku sesuatu.

Kepada Tuhan,
Masih jauhkah perjalanan ini?
Aku sedikit hampir kepada putus asa dan kecewa.
Aku sedikit mampir pada luka nanah dan bisul cinta.

Jauh lagikah perjalanan ini?
Sejauh apa ia?
Selama mana ia?
Jijiknya aku yang seperti tidak mengetahui kisah kekasih-Mu Yusuf dan Ibrahim.
Juga catitan cinta Ayub kepada Tuhan.

This too, shall pass ain't?

Sejauh mana kehidupan mendewasakan kita,
sejauh itu aku akan terus cekal dan berlari bersamanya.
Sejauh apa kehidupan membentuk kita,
sejauh itu aku akan setia bersamanya.

Moga Tuhan memberi kekuatan. Sentiasa.

11.41 malam.
16 Disember 2016
Hanya kerana kita tidak pernah mengenal penat dan lelah.


0 comments:

Post a Comment