Monday, January 5, 2015

Sayang rasanya jika menulis di muka buku, tetapi tidak di blog. 

Ini adalah rantaian filem Big Hero yang saya mulakan awal tahun 2015. Tidak keterlaluan jika saya katakan kebanyakan filem sekarang ini sudah ada campuran biasan emosi yang menyentak jiwa dan juga daya intelek yang seimbang.

Ya, jika tidak masakan kawan baik saya menangis menonton filem ini. (Specky, maafkan aku membocorkan rahsia ini. Tuhan, aku berharap dia tidak membaca pos ini. Amin)

Filem 'Big Heroes 6' begitu baik diadun dengan acuan emosi dan humor yang sederhana tetapi mampu mengeluarkan air mata -sebab banyak gelak-.
Dipadu pula dengan tema kasih sayang yang kuat. Kasih sayanglah; atau lebih tepat cinta akan membangkitkan seseorang dari sebuah kejatuhan atau kekalahan. Sepertimana Hiro yang bangkit selepas kematian abangnya; Tadashi Hadama, semata-mata untuk membalas dendam terhadap kematian abangnya.

Dan dia bangkit dengan mencipta satu pasukan kuat yang punya kelebihan masing-masing. Go Go, Wasabi, Honey Lemon dan Fred yang kaya. (Part ni macam How To Train Your Dragon)

Namun harus diingat, cinta juga mampu membuat manusia menjadi benci dan pendendam. Seperti Prof Callaghan yang membalas dendam terhadap Tuan Krei atas kehilangan anaknya; Abigail dalam satu misi. (Haa, part ni macam Interstellar sikit)

Semuanya menjadi harmoni dengan kehadiran Baymax, iaitu robot penjaga kesihatan ciptaan Tadashi Hadama. Hiro menjaga Baymax dan mengubahsuai Baymax sedikit sebanyak dengan sut gah ciptaannya. Baymax seakan jelmaan Tadashi.

Baymax hadir dengan pergerakannya yang lambat -kerana berbadan besar dan berperut buncit-, humornya yang sederhana tetapi cukup menggeletek, gelagatnya yang suka meniru Hiro, suka belajar sesuatu yang baru, sangat alert dengan kesihatan dan tahap emosi Hiro-kerana diprogramkan begitu-, dan tidak lupa gaya tangan yang dipelajari dari Hiro (fist bump ba a lalala).

Berlaku beberapa siri pertempuran dan semuanya ditutup dengan kekalahan antagonis nyata dan tidak nyata.

Penonton mungkin beranggapan antagonis itu hanyalah watak Prof Callaghan. Saya juga begitu. Dan sedikit tambahan, saya suka untuk mengangkat perasaan dendam Hiro juga merupakan watak anatagonis tidak nyata. Ia berjaya dihapuskan dengan kehadiran Baymax. Hiro seawalnya ingin terus membunuh Prof Callaghan atas nama membela kematian Tadashi -tanpa mengetahui hal sebenar-, namun berjaya dihalang dengan kata-kata Baymax;

"Tadashi tidak memprogram saya untuk membunuh";

dan juga kata-kata Go Go;

"Tadashi pasti tidak suka awak berkelakuan begini".

Itulah cinta dan sayang, mampu membunuh. dan menghidupkan. Seakan teringat pula kata-kata Hamka,

"Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta."
(Hamka)


p/s : Dan kerana cinta juga, kita seringkali dihadiahi ujian dari-Nya.
Malam tragedi

Tiba di rumah Fred

Fred

Comel ;)

Idea gila Hiro Hamada dibalas jelingan oleh Wasabi

Harapan selalu ada..

Cinta itu menyembuhkan

Sebungkal kebimbangan yang tidak pernah menipu erti cinta

Perpisahan selalu menjanjikan kerinduan

Perpisahan selalu mesra mendampingi kita

Pengorbanan tanpa balasan

Kebimbangan yang tiada tepian

Kecewa itu kita

Bimbang itu gumpalan rasa dari sayang

Kerelaan mengajar kita erti tabah

Sayang itu pasti berganti walau tiada serupa

Hadiah memerlukan pengorbanan

Tanpa Baymax, segalanya suram



Kenangan itu hadiah bisu dari Tuhan

Dan yeah Baymax baru itu kembali!
Dipeluk Baymax ;)

0 comments:

Post a Comment