Wednesday, September 21, 2016

Bercita-cita untuk pergi lebih jauh mungkin hanya satu cita-cita.

Bercita-cita untuk kembali dan lebih menyumbang mungkin juga satu cita-cita.

Bercita-cita untuk dikelilingi anal-anak didik seperti suatu masa dahulu--dengan muka polos dan mulut yang sering bertanya, mungkin juga satu cita-cita.

Bercita-cita untuk pergi lebih jauh bukan hanya berseorang diri, tetapi berdua, juga mungkin hanya satu cita-cita.

Cita-cita yang sentiasa ada, tidak pernah terpadam.

Satu tahun. Dan ia bukanlah satu tempoh yang lama.

Tuhan, mudahkanlah.

Izinkanlah.

Berikanlah.

Susunlah.

Susunlah untuk aku. Hantarkanlah orang-orang yang ada seperti Engkau menghantar Dr Thameem dan Dr Hikmet Yemen satu masa dahulu.

Segalanya samar ya Tuhan. Tetapi aku tahu aku mahu.

Tiada yang perkenan segalanya melainkan Engkau. Tidak yang membuka selain Engkau.

Tiada

Kun, fayakun.




0 comments:

Post a Comment