Monday, April 21, 2014


                  Alhamdulillah, selesai sudah program Genius Youth Camp 2.0, anjuran Ma'ruf Club, bertempat di Eco Rock Resort, Ulu Yam. Peserta yang bersemangat dan ahli jawatankuasa yang bersungguh-sungguh menjayakannya. Tahniah!

                  Program yang sangat sekejap, namun memberi kesan yang cukup mendalam. Pengalaman pertama sebagai 'Assistant Program Manager' rupa-rupanya bukanlah sesuatu yang mudah. Melihat program dengan 'helicopter view' nyata memerlukan ketelitian dan daya fikir yang cekap.

                  Namun apa yang betul-betul memberi kesan terhadap diri saya secara peribadinya adalah ketika slot Kembara Malam. Slot yang berobjektifkan kesedaran peserta dalam meladeni kehidupan seharian sebagai seorang Muslim nyata tidak semudah yang disangka. Tidak pula ia sukar dengan pertolongan-Nya.

                 Apa yang sukar? Sukar kerana ia membabitkan hati. Istimewakah dia yang bernama hati? Saya hampir menangis mengenangkan ini, mengenangkan kami pendosa yang cuba memuhasabahkan mereka yang lain. Bukan mudah menyentuh hati, apatah lagi dalam keadaan diri tercalit dosa.

                Slot muhasabah ini berkisar sekitar jam 3.30 sehingga 5.30 pagi. Kami mengharung sungai yang tentunya sejuk mencengkam, berteman bintang malam, berlantaikan bumi Tuhan, dan bersaksikan bulan yang malu berselindung di sebalik awan. Segalanya berjalan lancar. Arigatou semua!

                Kepada semua urusetia, seronok bersama anda! Terbaik dalam menjayakan program. Kepada peserta program, semoga apa yang diperolehi dalam program sepanjang 3 hari 2 malam ini membawa impak meski secebis cuma. Manfaatkan apa yang dikongsikan.

Siiru a'la barakatillah.

Peserta dan urusetia program =)

Mereka dan ayam mereka ^^

Lagi gambar sebelum pulang =)

Peserta mencantum cebisan kertas yang dikoyakkan oleh urusetia. Nakal betul urusetia =/

Urusetia =)

Moga ketemu lagi!



0 comments:

Post a Comment