Thursday, February 25, 2016

Kelas di sini sudah masuk minggu ketiga.

Saya masih menggagau bagaimana caranya untuk mengenal rapat pensyarah di sini. Jika Dr Amjad Hussain itu, ya.

Di sini, penerimaan orang Turki sedikit asing terhadap pelajar antarabangsa, namun mereka sangat bersedia untuk menghulurkan bantuan dalam aspek apa pun.

Dan semestinya sistem pembelajaran yang berbeza. Jika mampu saya katakan, sepanjang semester ini saya hanya punya satu kertas kerja (assignment) untuk disiapkan dan satu presentation (optional) untuk dilangsaikan, mesti terkejut kan? Itulah hakikatnya.

Dan apa yang lagi best adalah, masa untuk menjawab peperiksaan adalah satu jam sahaja.

Saya sedikit termenung dengan itu. Tidak mengapa, marilah kita jalaninya dengan hati yang berbahagia.

Saya ketemu Prof Hikmet Yemen di sini. Buah fikirnya seperti Dr Megawati Moris. Lewat kelasnya, selalu suka saya mendengar setiap butir yang terluah dari mulutnya, dan sesekali mata nakal merayap pada kepala botak Dr.

Saya juga kagum dengan Dr Ismail Safa (ya, kagum saja tak cukup, Yam. Baik.) Bicaranya perlahan mendatar dan tersusun. Lagaknya hampir sama seperti Dr Thameem Ushama. Begitu berisi patah-patah yang terluah itu, kerdilnya diri Tuhan saja tahu. Santak saja Dr Ismail masuk kelas, tanpa salam atau AlFatihah, terus saja mulutnya berbicara. Aduh.

Dan bahan bacaan untuk kelas ini adalah lambakan artikel dari Cambridge. Bacaan wajib, buku siri satu setebal dua inci dan bacaan tambahan (optional) adalah tiga siri yang lain.

Kawan saya sempat mengeluh mengatakan kelas sebegini bosan. Sempat saya bertanya, "Kalau macam tu, kenapa tak tanya soalan?" Senyap seketika.

Ya, dari satu sudut nampak membosankan. Namun dari sudut yang lain, pada saya terlalu banyak perkara dalam benak Dr yang menanti untuk diluahkan. Dan kita? Cerna, hubungkait, dan bertanya!

 Ah, perkara sebegini tidak akan habis diperdebatkan.

Selamat malam saja lah!

0 comments:

Post a Comment