Monday, May 16, 2016

Sudah lama tidak berceloteh. Bukan tiada. Ada, tapi dismpan sahaja dalam draf. Ada, publish sekejap, delete kembali. Malu, segan dan takut untuk menunjukkan.

Kerana entah manusia mana datang menjenguk blog seorang perempuan yang tiada apa-apa. Tiada bahagia. Tiada juga cinta. Dan tiada kawan. 

Sepanjang malam meneleku blog seorang Fynn Jamal. Air mata berkali kali berteriak ingin keluar dari tebingnya. Dada berkali-kali terasa pecah sendiri. Sakit sungguh, Kak Fynn.

Gelap dan suram. Dan ada sisi-sisi persamaan kita, Kak Fynn. Bezanya aku lebih terlalu banyak berdiam, kak. Dan engkau lebih lantang dan berani pada dunia. Pinjamkan aku dikit kak.

Dan dikit-dikit persamaan itu masih cuba aku cantum-cantumkan menjadi sebuah kesyukuran. Dikit-dikit luka tentang sebuah kehidupan aku sandarkan pada engkau (baca: Kak Fynn) yang sekarang. Dikit-dikit persamaan kita; ada juga aku cuba cari kekuatan sepertimu, kak. Seperti part bergaduh sama-sama kawan. Persahabatan yang terjejas dengan keramaian. Juga ada samanya kita di situ. Yang bedanya, kau selesai kak. Dan aku, seakan tergantung. Ya, aku baca dengan teliti, halus dan berjiwa; tidak aku langkau walau satu perkataan pun. Bodohnya aku. Kak Fynn tak mungkin baca post ini. Tidak apa-apa. Hanya aku yang ingin berteriak sendiri membawa diri. 

Aku seakan tersedar betapa seharusnya jiwa yang di dalam itu dikeluarkan. Ia ingin  terbang dan bebas. Biarkan. Itu dirimu. Aku juga. Masih ada seseorang yang belum keluar. Hanya menunggu masa. Biarkanlah dahulu. Dahulu pernah sekali dia keluar, tapi kembali menyusup masuk. Ah aku sudah menangis kembali. Tambah lagi dengan Arjuna Beta sekarang ini.

Kak Fynn, terima kasih. Semoga Tuhan memberkati setiap perjalanan hidupmu, tiap-tiap detik Kak Fynn bersama Juna dan Bong Tri. Moga malam ini tidak seperti semalam yang aku berjaga sehingga Subuh kerana disapa oleh seseorang yang aku kagumi di messenger FB. 

Moga malam ini lebih aman dan tenang. Dan blog Kak Fynn belum selesai aku baca. Aku sambung nanti Kak Fynn. Baarakallah! Sayang Kak Fynn!

0 comments:

Post a Comment