Tuesday, May 6, 2014

Sahabat, guru, pendengar setia, beliaulah.

Mereka, sahabat setia, teman suka dan duka.

                     Beliau; sering meladeni kami dengan "nilai". Katanya, nilai adalah rasa. Diulang-ulang agar kami menghadaminya sebaik mungkin. Beliau selalu punya waktu lapang untuk kami walau pada hakikatnya punyai pelbagai kerja lain. Di cafe, di bukit, di pesta buku, di mana-mana sahaja tempat makan - Asam Pedas paling sedap, Chicken Chop yang paling lazat, tidak dilupa De Templer yang menghidang Teh Cinta sebagai pilihan minumann. Sering juga diulang, "Hanya dua tahun lagi". Dan kami akan bermuram durja dengan kalimat itu.

                    Dahulu sangkaku, ini persahabatan yang akan berakhir jua satu ketika -seperti persahabatan lalu yang mengajar aku nilai kasih sayang. Namun tekaan itu meleset kerana pada langit persahabatan ini mereka terlalu memberi. Memberi segala apa yang mereka punya sehingga aku cukup pasti persahabatan ini akan diingati sampai kapan pun ia. Cukup aku noktahkan pada rasa dan jiwa.

                     Mereka selalu bikin aku menangis; buruk benar rupanya. Kata mereka, sudah tidak terhitung banyaknya. Mereka juga selalu bikin aku tersenyum. Mereka mengajar aku bermimpi. Bermimpi yang indah-indah sahaja meski langkisau malam membungkus erat. Panda, Harry Potter, Nobita, Haryani, Origa dan Prayuga. Tidak ketinggalan jua Luna, Yedee dan Tariq.

                    Katanya, jika aku ingin menjadi Polip, maka aku harus merantau jauh, jauh ke Banjaran Himalaya. Dan aku mengoyak senyum. Dan apabila beliau menyentuh isu "Dua tahun tidak lama", aku akan kembali muram. Mereka juga -muram-.
                    Ini, secarik puisi dariku. Mungkin tidak seindah 'Hidup Bersama' karangan Pak Samad. Mungkin juga tidak sepuitis "Hutan Persahabatan" karya T. Alias Taib. Namun aku berharap kalian mampu mendengarnya; tulus dari lubuk hati.

Hamparan langit persahabatan
Menyentak gembira
Menyendat duka

Prahara biru
Angin dan hujan;
bersatu
Bianglala muncul
-seperti kala itu-

Kita gembira
dengan bianglala itu
Dalam tak sedar
Kita tahu
Bianglala itu akan pergi
Pergi jua
Yang tersisa
Hanya nilai yang terbina

Aku mungkin melupai
Rupa bianglala itu.
Namun
Hampir pasti,
melupai kegembiraan
yang dibajai bianglala;
tiada dalam kamus hidupku.

Dua tahun cuma..

Engkau harus belajar mengucapkan selamat tinggal. Itu pesan beliau.
Ya, sayonara.

p/s : Ryu-Watanabe tak suka 'Sayonara'. Saya juga.

0 comments:

Post a Comment