Saturday, May 10, 2014

       Antara pengalaman pertama saya menjejak kaki ke dunia penulisan adalah melalui penyertaan ke Minggu Penulis Remaja 2014, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka- terima kasih DBP- bertempat di Cherating, Kuantan. Pesertanya sekitar 25 orang. Pelbagai latar belakang keluarga dan pendidikan. Ada yang usianya masih muda, 17 tahun namun sudah berada di arena ini semenjak di sekolah rendah. Saya pula masih terlalu hijau, namun bersyukur kerana berpeluang untuk menyertai MPR ini. Terima kasih sekali lagi.

      Antara momen yang paling saya ingati adalah tentang seorang 'ustaz'. Seawal hari pertama, kami saling berkenalan. Hanya sekadar mengetahui nama dan beberapa item yang lain. Tidak semua wajah mampu saya ingati dengan baik sementelah kami juga berpecah kepada dua kumpulan untuk sesi pemurnian karya dan bengkel puisi serta cerpen. 

     "Nama saya Mohammad Naqib." Demikian seorang pelajar 16 tahun memperkenalkan diri. Berkopiah, kemas berpakaian. Sejuk mata memandang. Kerana ketrampilannya itu juga, Kak Irni dan Kak Zaiha -kami juga- senang memanggilnya dengan panggilan 'ustaz'. Seringkali menjadi pembaca doa.

     Segalanya berjalan lancar selama satu minggu. Peserta sudah mulai mesra antara satu sama lain. Sehinggalah pada suatu hari, seingat saya, hampir semua peserta sudah saya kenali, paling tidak wajah mereka - nama belum tentu ingat ya. Dan saya terperasan, terdapat seorang peserta yang comel mukanya, belum saya kenali waima namanya. Asing benar wajahnya.

     Ketika itu waktu kudapan jam 10 pagi, peserta lelaki sedang duduk minum di meja barisan hadapan. Dalam hati, saya cuba mengingati nama mereka satu-persatu, sehingga tiba di peserta yang seorang ini, saya keliru kerana tidak pernah melihatnya. Sangka saya, mungkin peserta yang lambat tiba di MPR kerana kekangan masalah mungkin. Saya berazam untuk mengenalinya. Sudahlah comel. 

    "Naqib, ini kunci bilik." Mereka berbual dan ketika itu kami bersama Tuan Rahimidin, cikgu puisi kami. Kak Salina Ibrahim pula mentor kami untuk bahagian cerpen. Saya berpalis wajah, sekadar ingin melihat gerangan yang mengganggu kesunyian kelas waktu itu. Dan saya hampir tergelak besar apabila Naqib yang dimaksudkan adalah budak comel itu. Saya mencari dimana 'ustaz' berkopiah. Oh, sudah tiada gerangan itu. Yang berganti adalah budak comel, tanpa kopiahnya.

     Dan saya mulai sedar, saya benar-benar punya masalah pengecaman identiti dan wajah seseorang! Alahai 'ustaz'. (Maafkan akak, ya dik.) Tapi kan, bagi saya, menjadi seorang ustaz itu satu penghormatan yang mulia. Dan kadang-kadang ustaz itu fleksibel orangnya -seperti Naqib-. Sekejap berkopiah, di waktu lain berketrampilan sedikit rock, dan sebagainya. Terpulanglah. Tak salah kan. Janji ilmu didada dikongsi bersama.

      Segalanya berakhir dengan Malam Apresiasi yang menghiburkan - persembahan lakonan bapak dan anak, persembahan puisi berkumpulan, dan atok (Naqib) beserta cucu-cucunya. Menyeronokkan.
Inilah tempat bertapa selama seminggu, 22 Mac 2014; akanku ingati..=)

Kepada peserta MPR 2014, langkah pertama baru diukir. Teruskan memahat cita, teruskan mengukir kata! Apa yang diperolehi sepanjang MPR, manfaatkanlah ia. (Seperti pengetua MPR sudah). Ada jodoh, ketemu lagi. Amin. 

p/s : Sungguh gembira berkenalan dengan adik-adik dan Insan Di Dunia Tua (yang lebih tua), Kak Rafiqah, Kak Izzati Rahim, dan lain-lain. Sampai masa, kita reunion. Insya Allah.
Ustaz aka budak comel..


Penulis dan teman. Kami dari UIA. =)

Pengetua kami yang berdedikasi.=)

Terima kasih cikgu! (Mentor)

Mentor puisi, Tuan Rahimidin. =)

Kenangan itu umpama buih, maka pasakkan ia seperti karang.
Meski tidak terlihat dek mata kasar, namun tetap kemas terlipat di dasar hati nun paling dalam. =)

Keluarga MPR bersama ibu-ibu dan bapa-bapa. =)

Maryam Hamidah Zulkifli | Create Your Badge

0 comments:

Post a Comment