Monday, June 20, 2016

Sekarang jam 1.12 pagi, 20 Jun 2016, Isnin. 

PRamses sudah dibawa pulang tanpa sempat saya mengucapkan selamat tinggal. Yang ada hanya sepasu bunga yang hampir layu dan sempat saya jaga beberapa hari ini sebelum saya berangkat ke London nanti. 

It's beautiful flower though. 

Malam. Dan selalunya saya akan tidur sebaik sahaja lepas sahur kira-kira jam 3.30 pagi nanti. 

Kalau ke Sultanahmet waktu begini, pasti meriah sahaja Dataran Sultanahmet itu. Sahur di sini cukup meriah. Jika kita orang Melayu bersahur di rumah, mereka di sini bersahur di dataran. 

Datarannya luas dipenuhi kerusi meja kayu. Mereka akan membentang kain bercorak kotak-kotak dan menghidangkan acma, corba panas dan mungkin gozleme. Dalam suasana dingin itu masih sahaja meriah dengan anak-anak sebesar lima tahun. Tidak hanya sebuah keluarga, tapi ada juga kawanan anak gadis dan jejaka. Saya kagum! 

Gagah sungguh matanya!

Rosie- saya selesai menghabiskkan sebuah filem tentang Rosie. 

Tentang komplikatednya cinta. 

Tentang 'kekejaman cinta'; if I could use. 

Huh. Berat tajuknya; kekejaman cinta.

It's about life huh.

It's about the one whom you will spend your whole life. 

It's not that easy. Yeah the topic is cheeky and cliche. But...that's it. 

Saya hidup dengan kisah cinta yang tidak banyak, tapi cukup memberi impak. 

Saya juga keliru cinta harus bagaimana. Saya melihat cinta itu dengan melepaskan seperti yang pernah saya saksikan.

Saya lihat cinta itu dengan bangkit dan melawan menuntut hak. 

Saya lihat cinta itu adalah sebuah kematian seperti kisah Laila Majnun. 

Saya lihat cinta itu dari perspektif seorang yang parah teranap dan dikurniai Tuhan seorang pendamping yang maha hebat: kisah Kokping.

Saya lihat Zainuddin yang kuat di siangnya dan menangis di malamnya. 

Saya lihat dia yang menyembunyikan cinta di matanya dan di setiap helaan nafasnya; dan dia hidup dengan cinta di mata dan nafasnya sahaja. 

Tuhan, sepertimana cinta-Mu? Sebesar manakah kasih-Mu untuk aku yang buta ini? 

Seperti yang selalu Engkau perlakukan padaku; diam-diam menyempurnakan inginku yang terlintas seperti angin? 

Seperti itukah?

Tuhan, cinta yang bagaimana Engkau tunjukkan melalui kisah 15 tahun itu? Siapa yang bersalah? 

Ya, aku terima. Aku terima kata-Mu. 

It was really hard for me. At first I was disappointed towards You--huge disappointment. Yes, I was. 

But everything's gonna be okay, right?

It's just a matter of time. It's the best for us. 

Tuhan, aku benci hatiku yang meminta hatiku untuk membenci takdir. Aku benci hatiku yang meminta hatiku untuk membenci. 

Buang segalanya. 
Jernihkan ia. 
Redhakan. 
Lepaskan. 
Pulangkan. 

Pulangkan kembali Tuhan hatiku yang sekeping itu. Aku hanya punya satu hati untuk dibagi. 

Tidak dua dan tidak tiga. 

Engkau Maha Kasih, bukan? 

P/s: Yes, this entry is so called 'caca marba' and has no point at all. Just bear with me. It's all about perspective ain't? 

Salam sahur dari Turki! 
Salam cinta dari sini!


0 comments:

Post a Comment