Thursday, August 4, 2016

Parah.

Nama Anas kembali berdengung dalam kepala saya, menjenguk seketika sebelum menghilang disapu angin senja.

Nama yang tidak selalu muncul dan ada, tetapi setia di waktu-waktu kesempitan begini.

Enam bulan yang berlalu dengan sekejap sahaja dan bersisipkan beberapa pengajaran hidup yang maha mendalamnya Tuhan sahaja tahu.

Turki, dia mengajar saya lebih dari sekadar budaya Turki dan peradabannya, malah mengenalkan saya apa itu cinta. 

Tanpa sedar, satu persatu doa saya diangkat dan dimakbulkan-Nya. Tapi saya masih juga meminta yang lain; meminta yang bukan-bukan untuk diperkenankan. 

Tuhan, terima kasih ya?

Tentang seorang teman yang sudah lama saya tinggalkan, tidak saya berharap apa-apa melainkan hanya sebuah kerelaan. Kerelaan yang saya percaya sudah tiba masanya menjanjikan suatu yang lain.

Untuk teman yang aku tahu mungkin kau membacanya, terima kasih di sepanjang perkenalan kita. Kau antara yang teristimewa tetapi tidak kekal lama. Sentiasa dan sentiasa aku mengikuti segala perkembanganmu. Semoga yang tersisa nanti adalah yang terbaik untuk kita. Selamatlah untukmu. Aku gembira kita semakin dewasa. 

Tidak pernah dan tidak pernah yang teristimewa itu aku lupa.

Yang masih sahaja ada dan kekal, masih dan masih aku cuba untuk mensyukurinya dan menghargainya.

Terima kasih dan terima kasih. Kebisuan sudah menjadi satu tanda kerelaan--kerelaan yang menjanjikan suatu yang lain.


0 comments:

Post a Comment