Thursday, June 2, 2016

Semasa saya sedang menaip entri ini, saya dalam kesakitan yang agak dahsyat kerana beberapa sebab. Antaranya kerana esok exam dan saya tak boleh menelaah kerana kesakitan yang lain. Bersangkut-paut dan agak parah. Dalam dan luaran.

Ajaib sungguh manusia ini. Sakit tapi ada bahagia. Luka tapi ada suka. 

Oh ya.

Bagaimana?

Kenapa? 

Dua persoalan penting dan besar. 

Bagaimana sakit ini terjadi? Kenapa sakit ini terjadi atau muncul?

Dua persoalan penting yang dijelaskan oleh Professor Tariq Ramadhan dalam bab ketiga dalam bukunya The Quest for Meaning, Faith and Reason.

Persoalan 'bagaimana' lebih bersifat teknikal dan mekanisme, manakala persoalan 'kenapa' lebih bersifat abstrak dan dalaman. 

Contohnya:

Bagaimana awak jatuh cinta? 
Saya jatuh cinta pada dia apabila terjumpa nota kecil yang diselitkannya pada sebuah buku idaman saya, contohnya. 

Mekanisme, cara, proses. 

Kenapa cinta terjadi? 
Kerana saya terjumpa nota dalam buku idaman saya.

Kenapa awak terjumpa nota itu?
Kerana kawan saya bagi buku idaman itu.

Kenapa kawan awak bagi buku tu?
Sebab dia sayang saya.

Kenapa dia sayang awak?
...

And the questions keep going.

Anda punya jawapan? Mungkin tak. Kerana sesuatu yang bersifat metafisik ini beyond our knowledge.

Senang cerita, kerja Tuhan.

Tetapi jika anda mengatakan saya mencintai dia kerana fiziknya, kecantikannya, kepandaiannya, dan sebagainya, saya sedikit ragu adakah anda mencintai dirinya sendiri atau kerana faktor-faktor mendatang itu. 

Jika kepandaiannya hilang, maka hilanglah cinta kita padanya?

Jika hilang kecantikannya, maka hilanglah cinta kita padanya? 

Entah. Jawapannya pada anda. 

Dan faith adalah cinta. Ia tidak bersifat teknikal. Ia adalah rasa yang sukar dijelaskan. Ya, kata Prof Tariq, 

"Faith, is like love, is also belief; to love is to believe."

Dan cinta adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat mata sepertimana saya pernah melihat seseorang itu masih mencintai perempuan yang sama waima selepas 15 tahun pun. Dia tahu mungkin perempuan itu berubah tetapi dia masih mengingininya kerana percaya pada rasa cinta yang ada. 

Sekian untuk hari ini. 

Apa kita boleh belajar?

Cinta itu abstrak sepertimana angin. Ada, dapat dirasa, tetapi tidak dapat dilihat. 


0 comments:

Post a Comment