Thursday, August 11, 2016

Beberapa detik dan ketika, dia yang dahulunya aku percaya seorang kanak-kanak kini sudah dewasa menjelang usia kemuncaknya.

Masing-masing sudah mula memilih haluan masing-masing. Bersama keluarga, menyambung pelajaran, bekerja dan sebagainya.

Masing-masing sudah mula memikirkan dengan lebih serius haluan di masa hadapan.

Dan aku juga tidak ingin menjadi wanita tua yang tidak berupaya mengejar cita di usia muda.

Seandainya diizinkan-Mu Tuhan, masih jauh aku ingin berjalan.

Seandainya diberi peluang, masih banyak yang ingin aku luangkan.

Mengisi hari-hari dengan nilai-nilai yang terpasak.

Seandainya masih bernafas, sebanyak-banyaknya aku ingin menyaksikan semuanya duduk sama rendah berdiri sama tinggi, masih memegang nilai masing-masing dan berjaya dengan apa yang dihajati.

It's not that much, but it's a love relief.

Aku gembira kerana kawan aku gembira. 

Kata Tariq Ramadan, matlamat yang dilandasi dengan lane yang betul harus ada dalam kehidupan. Pagar di kiri dan kanan bukanlah untuk menyempitkan ruang, melainkan agar fokus dan cepat sampai. 

Kamu pula ke mana?

0 comments:

Post a Comment